Monday, 10 April 2017

Akaun Email

CARA-CARA UNTUK MEMBUKA AKAUN E-MAIL
Terdapat penyediaan e-mel percuma yang wujud pada hari ini. Di bawah adalah contoh bagi membuat akaun baru bagi gmail.

A. Masukkan alamat http://mail.google.com . Kemudian anda akan dibawa ke laman seperti rajah 1. Kemudian klik Create an account.

Rajah 1


B. Paparan seperi rajah 2 akan terpapar. Masukkan data lengkap ( Baca penjelasan di jadual 1 )

Rajah 2
Rajah 3 : Contoh maklumat yang telah diisi    

                    
C. Setelah selesai menekan butang Next Step sekiranya anda menggunakan verifikasi melalui nombor telefon bimbit, Google akan mengirimkan verifikasi ( boleh pilih melalui voice atau SMS ) yang berisi 6 digit angka ke nombor telefon bimbit anda. Anda dikehendaki memasukkan digit tersebut ke ruang yang telah disediakan.



E. Klik Continue To Gmail untuk memasuki paparan utama Gmail. Paparan seperti rajah 6 akan terpapar. Anda sudah boleh mulai menggunakan Gmail tersebut.



JENIS-JENIS E-MAIL

1. POP Email
POP singkatan dari Post Office Protocol. Jalan yang dilalui sebuah email sama dengan yang dialami oleh sebuah snail mail, yang mesti ada pada beberapa pejabat pos perantara sebelum akhirnya sampai ke destinasi. Sebuah e-mel akan ada pada beberapa komputer yang berperanan sebagai router atau e-mel server, sebelum akhirnya tiba pada email server yang ada pada ISP di mana alamat e-mel kita berdaftar.

2. Web-based
Web-based E-mel atau e-mel berasaskan web dibangunkan dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan e-mel kepada orang yang mempunyai akses internet, tetapi tidak mempunyai akaun e-mel sendiri, atau yang dimiliki bukan akses kepada e-mel server, tapi ke sebuah web server.

Jadi, orang yang akan menghantar e-mel pertama harus mengikuti prosedur untuk membuat sebuah akaun e-mel yang pada umumnya disediakan secara percuma. Setelah selesai kita akan mempunyai sebuah akaun e-mel dengan user name yang telah kita tentukan dan domain name yang sudah ditetapkan oleh pemberi perkhidmatan email percuma ini termasuk dengan password.

Apabil anda menulis di sebuah e-mel, e-mel tersebut tidak ditulis pada email client yang konvensional tapi pada sebuah ruang atau halaman khas yang disediakan. Pada ruang atau laman tersebut sudah lengkap dan sedia bahagian-bahagian yang boleh diklik untuk menghantar, menyimpan, dan sebagainya. Apabila anda memeriksa apakah ada e-mel yang ditujukan untuk anda maka anda perlu masuk ke bahagian inbox yang telah disediakan di laman tertentu di laman web yang memberikan perkhidmatan e-mel sebegini.

3. Email Forwarder
Maksud email forwarder adalah sebuah cara untuk membuat perhubungan dari alamat e-mel kita yang sebenarnya dan sebuah kemudahan yang boleh didapati secara percuma namun kini sudah banyak yang komersial yang bermaksud menuntut kita untuk membayar sejumlah wang tertentu.

Seseorang yang menggunakan email forwarder mencipta dengan pelbagai macam alasan. Mungkin alamat email yang sebenarnya dirasakan terlalu jelas menunjukkan identiti seseorang, seperti ISP yang digunakan, atau negara asal penghantar. Tapi ada yang menggunakan email forwarder untuk mengelakkan kemungkinan menerima spamming.

No comments:

Post a Comment

Borang Aduan Kerosakan Komputer

CONTOH BORANG ADUAN KEROSAKAN MAKLUMAT TENTANG ISI BORANG ADUAN MAKLUMAT KEROSAKAN Maklumat yang perlu diisi oleh penga...