Akaun Email

CARA-CARA UNTUK MEMBUKA AKAUN E-MAIL
Terdapat penyediaan e-mail percuma yang wujud pada hari ini. Di bawah adalah contoh bagi membuat akaun baru bagi gmail.

A. Masukkan alamat http://mail.google.com . Kemudian anda akan dibawa ke laman seperti rajah 1. Kemudian klik Create an account.

Rajah 1

B. Paparan seperi rajah 2 akan terpapar. Masukkan data lengkap ( Baca penjelasan di jadual 1 )

Rajah 2


Rajah 3 : Contoh maklumat yang telah diisi    

                  
C. Setelah selesai menekan butang Next Step sekiranya anada menggunakan verifikasi melalui nombor telefon bimbit, Google akan mengirimkan verifikasi ( boleh pilih melalui voice atau SMS ) yang berisi 6 digit angka ke nombor telefon bimbit anda. Anda dikekehendaki memasukkan digit tersebut ke ruang yang telah disediakan.



E. Klik Continue To Gmail untuk memasuki paparan utama Gmail. Paparan seperti rajah 6 akan terpapar. Anda sudah boleh mulai menggunakan Gmail tersebut.














JENIS-JENIS E-MAIL

1. POP Email
POP singkatan dari Post Office Protocol. Jalan yang dilalui sebuah email mirip dengan yang dialami oleh sebuah snail mail, yang mesti melewati beberapa pejabat pos perantara sebelum akhirnya sampai ke destinasi. Akan halnya dengan e-mel, sebuah e-mel akan melewati beberapa komputer yang berperanan sebagai router atau e-mel server, sebelum akhirnya tiba pada email server yang ada pada ISP di mana alamat e-mel kita berdaftar.

2. Web-based
Web-based E-mel atau e-mel berasaskan web dibangunkan dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan e-mel kepada orang yang mempunyai akses internet, tetapi tidak mempunyai akaun e-mel sendiri, atau yang dimiliki bukan akses kepada e-mel server, tapi ke sebuah web server.

Jadi, orang yang akan menghantar e-mel pertama harus mengikuti prosedur untuk membuat sebuah akaun e-mel yang pada umumnya disediakan secara percuma. Setelah selesai kita akan mempunyai sebuah akaun e-mel dengan user name yang telah kita tentukan dan domain name yang sudah ditetapkan oleh si pemberi perkhidmatan email percuma ini, termasuk dengan password.

Bila kita akan menulis sebuah e-mel, e-mel tersebut tidak ditulis pada email client yang konvensional tapi pada sebuah ruang / halaman khas yang disediakan untuk itu. Pada ruang / laman tersebut sudah lengkap dan sedia bahagian-bahagian yang boleh diklik untuk menghantar, menyimpan, dan sebagainya. Bila kita akan memeriksa apakah ada e-mel yang ditujukan untuk kita maka kita akan perlu masuk ke bahagian inbox yang tentu disediakan di laman tertentu di laman web yang memberikan perkhidmatan e-mel semacam ini. Sekali lagi, semuanya tidak menggunakan email client, tapi kemudahan yang dicipta khusus pada sebuah website. Contoh untuk ini banyak sekali, seperti gmail.com, hotmail.com, yahoo.com, dan lain-lain.

3. Email Forwarder
Maksud email forwarder adalah sebuah cara untuk membuat alias dari alamat e-mel kita yang sebenarnya. Sebagai contoh, alamat e-mel saya yang sebenarnya adalah, akan tetapi saya masih boleh menerima e-mel dari mana-mana juga yang dialamatkan kepada inbox untuk alamat e-mel saya yang asli. Dalam hal ini adalah sebuah email forwarder, kerana semua e-mel yang ditujukan kepada alamat itu akan diteruskan lagi ke alamat yang sebenarnya

Email Forwarder adalah sebuah kemudahan yang dulu banyak boleh didapati secara percuma, tapi kini sudah banyak yang komersial, dalam erti menuntut kita untuk membayar sejumlah wang tertentu.

Orang menggunakan email forwarder dengan pelbagai macam alasan. Mungkin alamat email yang sebenarnya dirasakan terlalu jelas menunjukkan identiti seseorang, seperti ISP yang digunakan, atau negara asal penghantar. Alasan lain boleh jadi adalah bila seseorang ingin anonim dalam sebuah forum perbincangan tertentu, atau mungkin menggunakan sebuah email forwarder dan dengan identiti yang sama sekali lain. Ada pula yang menggunakan email forwarder untuk mengelakkan kemungkinan menerima spamming.

No comments:

Post a Comment

Borang Aduan Kerosakan Komputer

CONTOH BORANG ADUAN KEROSAKAN MAKLUMAT TENTANG ISI BORANG ADUAN MAKLUMAT KEROSAKAN Maklumat yang perlu diisi oleh penga...