Internet yang kita gunakan hari ini dibentuk dari sambungan komputer seluruh dunia yang membolehkan data atau maklumat dihantar dari satu komputer ke komputer yang lain tanpa mengira masa dan tempat. Internet boleh dikatakan sebagai satu medium komunikasi yang sangat efektif, menjimatkan masa dan kos kepada individu, masyarakat , golongan korporat dan juga kerajaan. Ini boleh dibuktikan dengan peningkatan jumlah transaksi perniagaan dan perdagangan secara maya di dunia.Sehingga September , rekod telah menunjukkan sebanyak 605.50 juta penggunai nternet do seluruh dunia manakala jumlah bilangan nama domain yang didaftarkan adalah mencapai 64.5 juta.
DEFINISI INTERNET
Internet adalah koleksi rangkaian dari seluruh dunia yang menghubungkan berjuta-berjuta perniagaan , agensi kerajaan , institusi pendudukan dan individu.
KEGUNAAN INTERNET
Internet digunakan dalam pelbagai bidang, Bagi sebuah syarikat ianya digunakan untuk berhubung dengan syarikat yang lain khususnya dalam bidang perniagaan. Internet menyediakan medium yang mana seseorang boleh mempromosikan barangan yang ingin dijual di laman web yang tertentu. Bagi pihak sekolah pula Internet digunakan untuk mencari maklumat dan menyebarkan maklumat ke pelosok dunia. Hal ini dapat melahirkan golongan yang cerdik pandai bukan sahaja IT malah ilmu yang lain. Internet juga dapat digunakan sebagai medium berhubung antara pengguna dengan pengguna yang lain yang dipanggil Chat atau Group Chat. In idapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara insan yang sedang dirindui.
KELEBIHAN DAN KEBURUKAN INTERNET
Kelebihan Internet
- Dapat mengakses setiap masa tanpa ada had masa.
- Dapat mengakses internet dengan mudah dan cepat
- Dapat berkenalan dengan ramai orang dan mengeratkan semua hubungan silaturrahim dengan kawan lama
- Dapat mengetahui sesuatu berita dengan cepat
- Membuang masa jika tidak memanfaatkannya
- Terdedah dengan laman-laman web yang tidak sepatutnya seperti porno
- Pergaulan bebas berleluasa
- Berita yang disampaikan boleh menjadi fitnah dan salah
No comments:
Post a Comment