Sunday, 16 April 2017

Borang Aduan Kerosakan Komputer

CONTOH BORANG ADUAN KEROSAKAN


MAKLUMAT TENTANG ISI BORANG ADUAN

MAKLUMAT KEROSAKAN
Maklumat yang perlu diisi oleh pengadu / pelapor masalah untuk dijadikan bahan bukti dan rujukan. 

MAKLUMAT KEROSAKAN
Maklumat yang perlu diisi oleh pengadu / pelapor masalah untuk dijadikan panduan kepada juruteknik untuk menyelesaikan masalah komputer tersebut.

MAKLUMAT JURUTEKNIK
Maklumat yang perlu diisi oleh juruteknik untuk dijadikan bahan bukti dan rujukan.

PENYELESAIAN
Maklumat yang perlu diisi oleh juruteknik untuk dijadikan bahan bukti bahawa telah menyelesaikan masalah tersebut dan menjadi bahan rujukan untuk pengadu masalah.

TANDATANGAN PENGADU
Untuk dijadikan bahan bukti bahawa maklumat di atas bagi pengadu adalah benar.

TANDATANGAN JURUTEKNIK
Untuk dijadikan bahan bukti bahawa maklumat di atas bagi juruteknik adalah benar.




Monday, 10 April 2017

Akaun Email

CARA-CARA UNTUK MEMBUKA AKAUN E-MAIL
Terdapat penyediaan e-mel percuma yang wujud pada hari ini. Di bawah adalah contoh bagi membuat akaun baru bagi gmail.

A. Masukkan alamat http://mail.google.com . Kemudian anda akan dibawa ke laman seperti rajah 1. Kemudian klik Create an account.

Rajah 1


B. Paparan seperi rajah 2 akan terpapar. Masukkan data lengkap ( Baca penjelasan di jadual 1 )

Rajah 2
Rajah 3 : Contoh maklumat yang telah diisi    

                    
C. Setelah selesai menekan butang Next Step sekiranya anda menggunakan verifikasi melalui nombor telefon bimbit, Google akan mengirimkan verifikasi ( boleh pilih melalui voice atau SMS ) yang berisi 6 digit angka ke nombor telefon bimbit anda. Anda dikehendaki memasukkan digit tersebut ke ruang yang telah disediakan.



E. Klik Continue To Gmail untuk memasuki paparan utama Gmail. Paparan seperti rajah 6 akan terpapar. Anda sudah boleh mulai menggunakan Gmail tersebut.



JENIS-JENIS E-MAIL

1. POP Email
POP singkatan dari Post Office Protocol. Jalan yang dilalui sebuah email sama dengan yang dialami oleh sebuah snail mail, yang mesti ada pada beberapa pejabat pos perantara sebelum akhirnya sampai ke destinasi. Sebuah e-mel akan ada pada beberapa komputer yang berperanan sebagai router atau e-mel server, sebelum akhirnya tiba pada email server yang ada pada ISP di mana alamat e-mel kita berdaftar.

2. Web-based
Web-based E-mel atau e-mel berasaskan web dibangunkan dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan e-mel kepada orang yang mempunyai akses internet, tetapi tidak mempunyai akaun e-mel sendiri, atau yang dimiliki bukan akses kepada e-mel server, tapi ke sebuah web server.

Jadi, orang yang akan menghantar e-mel pertama harus mengikuti prosedur untuk membuat sebuah akaun e-mel yang pada umumnya disediakan secara percuma. Setelah selesai kita akan mempunyai sebuah akaun e-mel dengan user name yang telah kita tentukan dan domain name yang sudah ditetapkan oleh pemberi perkhidmatan email percuma ini termasuk dengan password.

Apabil anda menulis di sebuah e-mel, e-mel tersebut tidak ditulis pada email client yang konvensional tapi pada sebuah ruang atau halaman khas yang disediakan. Pada ruang atau laman tersebut sudah lengkap dan sedia bahagian-bahagian yang boleh diklik untuk menghantar, menyimpan, dan sebagainya. Apabila anda memeriksa apakah ada e-mel yang ditujukan untuk anda maka anda perlu masuk ke bahagian inbox yang telah disediakan di laman tertentu di laman web yang memberikan perkhidmatan e-mel sebegini.

3. Email Forwarder
Maksud email forwarder adalah sebuah cara untuk membuat perhubungan dari alamat e-mel kita yang sebenarnya dan sebuah kemudahan yang boleh didapati secara percuma namun kini sudah banyak yang komersial yang bermaksud menuntut kita untuk membayar sejumlah wang tertentu.

Seseorang yang menggunakan email forwarder mencipta dengan pelbagai macam alasan. Mungkin alamat email yang sebenarnya dirasakan terlalu jelas menunjukkan identiti seseorang, seperti ISP yang digunakan, atau negara asal penghantar. Tapi ada yang menggunakan email forwarder untuk mengelakkan kemungkinan menerima spamming.

Cara-Cara Untuk Melayari Internet Dengan Menggunakan Pelayar Web

Jenis-Jenis Pelayar Web

Terdapat 2 jenis pelayar web:

1. Pelayar Web berasaskan Teks ( Text-based web browser )

  • Contoh bagi jenis ini ialah Lynx ( merupakan satu contoh pelayan web lama.)
  • Lynx berfungsi dalam mod teks sahaja.
  • Pengguna Lynx hanya boleh melayari internet dengan memilih perkataan pada skri dengan menggunakan kekunci anak panah ( arrow key ) dan butang masukan ( enter key ) pada papan kekunci.


2. Pelayar Web berasaskan grafik ( Graphic-based web browser )

  • Merupakan pelayar yang banyak digunakan pada masa kini.
  • Berkonsepkan Graphical User Interface, lebih mesra pengguna , yang mana pengguna internet dapat mengawal satu laman ke satu laman menggunakan tetikus
  • Antara contoh pelayar web yang popular ialah seperi Mozilla Firefox, Microsoft Edge / Internet Explorer, Google Chrome dan Safari.
Langkah-Langkah Melayari Pelayar

  • Laman utama ( Home Page ) merupakan lman utama yang dipaparkan oleh laman web.
  • Pelayar biasanya menyokong fungsi tabbed Browsing.

Langkah 1 : Buka pelayar dan masukkan alamat address di dalam alamat URL / kotak carian.
Langkah 2 : Pelayar Wev akan menghantar data ke DNS server daripada ASP atau provider yang lain. DNS Server melihat domain name  portion daripada laman web anda dan mencari associate IP Address dan menghantar alamat IP Address kepada komputer atau telefon pintar anda.

Langkah 3 : Pelayar akan menggunakan alamat IP Address untuk berhubungdengan Web Server di specifies Ip Address untuk memohon isi daripada web side yang anda inginkan. Web Server akan memenuhi permintaan anda dengan menghantar keinginan anda ke Users" Browser, di mana format laman tersebut akan dipaparkan di skrin.

Internet

PENGENALAN INTERNET
Internet yang kita gunakan hari ini dibentuk dari sambungan komputer seluruh dunia yang membolehkan data atau maklumat dihantar dari satu komputer ke komputer yang lain tanpa mengira masa dan tempat. Internet boleh dikatakan sebagai satu medium komunikasi yang sangat efektif, menjimatkan masa dan kos kepada individu, masyarakat , golongan korporat dan juga kerajaan. Ini boleh dibuktikan dengan peningkatan jumlah transaksi perniagaan dan perdagangan secara maya di dunia.Sehingga September , rekod telah menunjukkan sebanyak 605.50 juta pengguna internet di seluruh dunia manakala jumlah bilangan nama domain yang didaftarkan adalah mencapai 64.5 juta.

DEFINISI INTERNET
Internet adalah koleksi rangkaian dari seluruh dunia yang menghubungkan berjuta-berjuta perniagaan , agensi kerajaan , institusi pendudukan dan individu.

 KEGUNAAN INTERNET 
Internet digunakan dalam pelbagai bidang, Bagi sebuah syarikat ianya digunakan untuk berhubung dengan syarikat yang lain khususnya dalam bidang perniagaan. Internet menyediakan medium yang mana seseorang boleh mempromosikan barangan yang ingin dijual di laman web yang tertentu. Bagi pihak sekolah pula Internet digunakan untuk mencari maklumat dan menyebarkan maklumat ke pelosok dunia. Hal ini dapat melahirkan golongan yang cerdik pandai bukan sahaja IT malah ilmu yang lain. Internet juga dapat digunakan sebagai medium berhubung antara pengguna dengan pengguna yang lain yang dipanggil Chat atau Group Chat. Ini dapat mengeratkan kembali hubungan silaturrahim antara insan yang sudah lama tidak berhubung.

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN INTERNET
Kelebihan Internet 
  • Dapat mengakses setiap masa tanpa ada had masa.
  • Dapat mengakses internet dengan mudah dan cepat
  • Dapat berkenalan dengan ramai orang dan mengeratkan semua hubungan silaturrahim dengan kawan lama
  • Dapat mengetahui sesuatu berita dengan cepat
Kekurangan Internet
  • Membuang masa jika tidak memanfaatkannya
  • Terdedah dengan laman-laman web yang tidak sepatutnya seperti porno
  • Pergaulan bebas berleluasa
  • Berita yang disampaikan boleh menjadi fitnah dan salah

Borang Aduan Kerosakan Komputer

CONTOH BORANG ADUAN KEROSAKAN MAKLUMAT TENTANG ISI BORANG ADUAN MAKLUMAT KEROSAKAN Maklumat yang perlu diisi oleh penga...